Tuesday, December 6, 2011

hp dah sound

okay, hari ni hp kesayangan saya dah sound nak mintak bersara (pada pemahaman aku lah)
dari pukul 10 pagi tadi demam dia tak surut-surut. boleh dekat tengah-tengah bandar mentioned 'no network coverage'. melampau melampau. dah puas ku godek-godek komponen dalamannya. dah tatau nak godek apa lagi dah. great lah!bertuahnya badan kan. boleh beli Iphone 4s lepas ni (memang benda tu RM10 pun boleh dapat 3 -_-" ). ada sape-sape nak offer? lalala

Wednesday, November 30, 2011

hard days with hard deals--> tata :)

yeahhhhhh!tamat tamat tamat!
=Dbukan first time pun
tapi beban same macam baru first time menadah balek benda2 tu
memang sumpah lah ni kali terakhir

sabtu ni lagi banyak keje -_-
patut wakil lelaki tapi saye tukar pihak.
bagus bagus
jadi pengapit kena make up ke?-_-"

dahlah. bertwilight jum lalinks. bye!


Friday, October 7, 2011

Bulan 10 punye post (obviously..lol T_T)

Sepatutnya 5 hari lagi genap lah sebulan saya tak post benda baru. Hurm, nothing to post lagipun. Ni pun buat macam cukup syarat je tiap bulan mesti nak kena post ape ape jugak. Macam manelah aku boleh survive hidup macam ni. Eh tapi sekarang ok lagi la. busy jugak. Sebab nak konvo ni. Macam macam nak kena settle kan. turun naik turun naik campus tu tak payah cakap lah. Soon nak turun naik main campus pulak. Memang tempat tu 'sebelah umah' aku je. Great! Buat benda ni pun dah habis banyak duit aku (eleh, bukan duit kau pun). Ok fine, duit parents. Bulan 10 ni lah bulan paling busy. Akak tu nak bertunang, abang ni nak kahwin, aku nak konvo. One more thing, konvo, my parents and i je yang akan pergi (eh, me of course). Aside, my parentslah wakil keluarga saya. Yela, fakulti saya hari isnin. 'Memang hari isnin tu cuti umum kan. Memang lah ramai orang nak pergi. huh!'. Konvo mesti dapat bunga. Dah jadi macam adat dah pun kan. Tapi kalau saya tanak bunga saya mintak duit, boleh ke? (kenapa tak mintak pelempang je -_- )

Monday, September 12, 2011

When you're lost in those woods, it sometimes takes you a while to realize that you are lost. For the longest time, you can convince yourself that you've just wandered a few feet off the path, that you'll find your way back to the trailhead any moment now. The night falls again and again, and you still no idea where you are, and it's time to admit that you has bewildered yourself so far off the path that you don't even know from which direction the sun rises anymore ...

EAT PRAY LOVE
page 63, paragraph 2

Thursday, September 8, 2011

lagi dan lagi

Aku yang di sini,
membutakan hati, menutupkan pintu akal
pura-pura tak merasa apa, tak mengerti
konon hal kau dan aku sedikitpun tak melibas hati
dusta

apa gunanya,
meski aku melontarkan bait bait isi jantungku
mahupun limpa kalau kau mahu kan tapi
kau tetap kata aku yang menyulam semua cela
terpekik terlolong aku pun belum tentu mampu buat kau berfikir
ah, kau saja yang putih

Tuesday, August 16, 2011

BLOG-WALKING

Blog-walking ni best sebab kita boleh jumpa macammacam jenis blogger dengan bermacammacam jenis ulasan. senah mengata tijah, ali mengata abu (berlumbalumba aku tengok). ada yang lagi dasyat, bercakap pasal agama macam orang tada tamadun! tapi still, banyak jugak blogblog yang mengajar bendabenda baik. Tak ketinggalan, saya banyak sangat baca blogblog yang bercerita pasal bahana cinta, couple, bla, bla and so ever. ada yang logik, ada jugak yang tak logik. tapi tadalah saya nak story pasal ni. tada apa pun. it just that ada satu blog ni yang betul betul menarik perhatian saya. cara beliau mengulas pasal benda ni. lebih tolerate dan logik lah (5 days research beb!- no wonder lah -_-) bagi saya kalau nak dibandingkan dengan lagi satu blog tu. tak teruk, tapi a bit harsh (orang melayu kan cepat terguris. haha :6) well, beliau pun memang terkenal dengan sarcasm blogging ni. polis cinta lah katakan. sapa yang rajin blog-walking tahu lah blog sapa yang saya maksud kan ni. pasal dia ni pun typetype taiko dah. tapi beliau ni, banyak jugak bagi nasihat yang bagus just secara sindiran lah. (so, be open-minded masa baca entries beliau)

Dari blog-walking jugak kita boleh tahu benda yang kita tak tahu or maybe tak terfikir pun nak amek tahu sebelum ni. Saya amek contoh dari blog kawan saya sendiri. beliau bercerita pasal bacaan Al-Fatihah. macam mana kita boleh terlepas pandang pasal bacaan ayat suci ni? "Ala, Al-Fatihah je kot. dari kecik aku tahu baca ayat ni. aku kenal Al-Fatihah dulu baru aku kenal abc tau." pehh.. betapa riaknya kita kan. tak pon, "ermm, dulu ustaz/ustazah pernah cakap jugak. tapi ingatingat lupe lah. ala, takpe la kan. halal jela yang terkurang tu". senang betul kita bercakap. kalau nak tahu lebih lanjut apa yang saya dok merepek meraban dari tadi ni, boleh rujuk kat sini: tekannnn

Blog-walking jugak kadangkadang boleh jadi sumber kekuatan kita. apa benda kaw ni fa..? tak paham la.. maksudnya, bila saya rasa down gila, bila orang tak ramai yang support saya, saya mesti akan terjumpa la entry entry yang membina, yang menaikkan balik semangat saya (macam tautau je aku tengah down gile). so secara tidak langsung, saya sangat menyayangi blogger tersebut kerana memahami saya. (padahal beliau bukan buat entry tu untuk aku pon. hahaha!)

Blogblog yang saya jumpa masa blog-walking jugak banyak membantu saya memperbaiki kelemahan saya sebagai wanita muslim. dunia serba moden kan sekarang ni, so semua benda pun nak dimodenkan. sampai kadangkadang terlupa batasbatas agama. saya boleh cakap, blogblog ini adalah antara elemen elemen yang membantu mengingatkan saya. saya harap bloggerblogger luar sana keep on buat entries yang macam ni.

ha, setakat ni jelah ye. banyak banyak pon bukan korang nak bace sangat. skrol je lebih. ingat aku tatau ke?haha.

Sunday, August 14, 2011

you just don't have the luck

Tipu la kalau saya kata tak kecewa Dato' Lee Chong Wei kalah. memang kecewa gila. tapi kecewa mana pun saya atau kita semua, tak boleh tanding kecewa beliau. obvious gila muka kecewa dia atau lebih sesuai lagi saya cakap, terkilan. biasa la kan kita kita yang tukang tonton merangkap penyorak tak rasmi ni. mestilah emosi kalau tengok kan. ala, macam masa tengok bola hari tu tuh. but i can't say much about the lost. he got great opponent, Lin Dan. he's a legend too. even, i was his fan but that was before right? now, walaupun Chong Wei kalah malam ni, walaupun beliau hilang title world champion 2011, he is still our badminton hero. the best player of Malaysia! not just for me because i am pretty sure all of us agreed that he is still world best player. come on, beliau kalah bukan sebab tak hebat tapi sebab nasib  Lin Dan lebih baik malam ni. it is well known yang beliau (Lee Chong Wei) adalah pemain paling konsisten sebab menang banyak game. just tonight's not his night. even English commentator of a channel said that Lin Dan is the champion tonight but Chong Wei was the better play. yeah! so much agreed with you!!

To Chong Wei:
we, the Malaysian are always supporting you. 
you make us proud and will always make us proud
get back the title on the next world championship!

Wednesday, July 27, 2011

suka?

SUKA. satu perkataan yang subjektif. so, post saya pun subjektif la yer.hehe.
cuba lah korang try test google google apa dia suka ni, bermacam jenis jawapan ada. contohnya, macam si yahoo answer tu lagi lah. meraban raban dia jawap. adoii. so suka tu suka la maksud dia. alaaa suka. like suka saya ke. haha. ha tengok, like tu suka jugak maksudnya tu. ni lah namanya indirect usage (ha? ada ke istilah tu? aku pakai tabur je ni;p) btw, you know lah kan, dalam konteks ayat saya di sini, maksudnya adalah seperti.

ok ok. berbalik kepada suka tadi. semua orang kat dunia ni experience perasaan ni kan. suka ni bermacam macam jenis. tak kisahlah suka kat orang ke, barang ke, tempat ke, bla, bla, bla, bla ke. tapi macam biasalah kan. suka kat orang lah yang paling bahagia sekali. tidak ketinggalan juga paling derita. kadang kadang dah terang terangan tahu orang tu tak suka kita, but still tak boleh nak padam perasaan tu. (sengal ke apa. suka suka je nak padam). kejadian cliche yang biasa berlaku adalah apabila kita suka kat si A tapi si A tak suka kita, dan dan pulak si B yang kita tak suka ni suka kat kita. haih.pening pening (aku pun dah tak paham ayat aku.haha). nak buat macam mana. kalau suka tu orang, boleh jugak dibedal bedal dia kan. so ramai lah yang suka senyap senyap. cara selamat katanya.

Dan lagi, ada jugak jenis suka yang takkan berbalas sampai kiamat pun. contoh paling glemer, suka kat public figure la. artis ke, penyanyi ke, selebriti ke dan yang seangkatan dengannya lah. macam ada sorang kawan saya ni. suka gila gila lah kat fahrin ahmad. sampai menangis jumpa fahrin. saya pon tak berapa nak paham sebenarnya. ala, actually tak payah kata kawan saya. saya sendiri pon macam tu. saya suka anwar hadi. tapi si anwar tu tak tahu pun saya ni wujud kat dunia ni. takpe takpe. rugi betul kaw anuar. rugi rugi rugi. hahaha. tapi ada jugak jenis orang yang just nak dia je suka kat si A ni. kalau si A ni suka balik kat dia, terus dia tak suka dah. pelik pelik. Ada tau orang macam tu. jangan terkejut pulak. Tak salah pun nak suka suka ni. ni kan salah satu sifat semula jadi manusia. asal kan korang semua tahu batas batas nya. paling penting,  make sure tak melanggar hukum hakam agama. macam cerita khurafat tu. boleh pulak lupa die dah guna gunakan orang tu.


Apapun, bagi saya, perkataan suka ni tak boleh dipisahkan dari perkataan senyum. mana tak nya. kalau nampak je apa apa yang kita suka, pasti pasti punye la akan senyum. apatah lagi kalau nampak orang yang kita suka. kalah mcDonalds you. awww :6
Tapi kalau nampak hantu je tak senyum T_T

Tuesday, July 26, 2011

You are my sunshine by Leftover Cuties

I have been searching for this song for few months already
wanted badly to download it. people always said just 'googling' and you gonna find whatever you wished for
ya right. obviously, they are wrong. should vanish the word "whatever" tu.huh! Every time, i just found the video(s), of course.. ya ya, actually got few sites to download it, but you know jela kan, they ask to pay for that. not much and not even sampai 1 dollar pun. but, come on lah (tu pun boleh nak kena bayar ke).saya mana ada kad kredit.apa lah. try me for cash lah. 2 dollars pun boleh bagi (up sikit je. banyak sangatlah duit aku kan =p)
Apapun, it is a good song. To be honest, sometimes, i don't really like modified song. especially if it is originally an old song. but this one really moved my heart. i have no idea that our childhood song will be as warm as this :)



Sunday, July 24, 2011

WEDDING









Kamera canggih sangat, so gambar memang clear gila lah
=6
For the newlyweds, happy ever after k :))

Thursday, July 21, 2011

Entry malam ni pasal dah bosan tahap dewa 19 punye!
dah tataw dah nak jawap apa bila orang tanye: "asal kaw tak kerja kerja lagi weyh?"
kang bile bagitahu kenapa, dimarah nye pulak kite.contoh ayat lazim: "asal weyh kaw nak buat macam tu?", "kenape pulak?", "ape functionnye?", bla, bla, bla, bla, bla. so akhirnya, bila orang tanya cakap jela "memang bercadang nak menganggur sepenuh masa pon tahun ni. so that, nanti akan bersumpah tamaw cuti lagi dah." lantak lah apa mereka mereka nak cakap. nak buat orang lain faham situasi kita, tulah benda yang paling membebankan kat dunia ni. kadang kadang rasa kalaw bagitahu pun bukannya diorang faham. maybe takkan sampai bila bila. sibuk nak mempertikaikan lagi ada. rasanya cukup lah dengan tentangan tentangan yang ada sekarang ni. tak payah lah kot nak ditambah tambah lagi. buat semak kepala aku je.


saya tada kunci kejayaan. tapi saya ada kunci kegagalan
: selalu nak puaskan hati orang lain, tu lah punca kegagalan paling besar kat dunia ni saya rasa. tak payah lah kot nak dengar sangat cakap orang. bukannya diorang akan tanggung apa apa jadi. lain lah kan kalaw ada yang sanggup datang jumpa kita then mengaku "weyh, aku yang salah. kalaw lah aku tak bangkang kaw dulu, selalu support kaw dulu, mesti kaw lebih berpuas hati dengan hidup kaw sekarang ni. aku rasa bertanggungjawab dengan apa yang jadi kat kaw. so sebagai ganti ruginya, terima lah dua buah penthouses, sebijik cooper S dan kad kredit tanpa had ni." memang harapan la kan ada orang macam tu.
so untuk berjaya, korang semua kena ada dua benda yang paling penting ni
: jangan hiraukan kata kata orang dan yakin dengan kemampuan diri sendiri (selain tu, jangan lupa Allah S.W.T)


sekian!=)

Tuesday, July 19, 2011


Akhirnya habis pun cerita ni
Ada orang cakap saya tah hape hape.harry potter pun excited nak tengok
hey mestilah!saya membesar dengan cerita ni
 this is my childhood obsession!
tak pernah skip tengok
dari umur 7 tahun sampai dah 21 tahun taw
dari hermione granger ke hermione weasley
dari ginny weasley ke ginny potter
dari albus dumbledore, severus snape ke albus severus potter
cepat betul masa berlalu kan
memang betullah saya dah tua
gagaga =D

sumpah makin lame si draco ni makin macam hritik roshan.haha

long live longbottom
the clumsy, the nerdy
but he's just showed up his true color in this final episode by killing nagini

i knew u're always by harry's side
poor snape

stupid goblin.
luckily died.huh!

he died in the battle
Fred Weasley

finally.hehe =D


19 years after the battle

couples :)

Potter's family
harry potter malas pk name anak.sume kitar semula.


tetibe sedih pulak cerite ni dah habes ;6
thanks to J.K Rowling for all these amazing chronicle series




Friday, July 15, 2011

When God pushes you to the edge, trust Him fully
Because only two things can happen
Either 
He will catch you when you fall 
or 
He will teach you how to fly!

-anonymous-

Thursday, July 14, 2011

Dah lame saya tak post blog.
means, dalam erti kata sebenarnya la.
cakap pasal kawan kawan, hang out, bla, bla, bla
senang cite, memang dah tade la pasal menda alah tu sume dalam blog saya.
ala, menda menda yang biasa kita sume buat mase study dulu tu
cehh.. bunyi macam aku ni dah tue sangatla pulak
tapi seriously, tanpa menda menda tu, sememangnya saya kepupusan idea untuk bercerita. memandangkan saya lebih suke bercakap pasal aktivitis dengan kawan kawan dalam blog saya
tulah, suh cepat cepat sambung belajar, terhegeh hegeh nak buat benda laen dulu. well, saya terpaksa. by hook or by crook, i have to. really
ohhhh.. memang rindu gila zaman study and yet, i am not ready to leave that
so sebab tu lah saya sangat bersabar menanti tahun depan.

to Anis too. walaupun kadang kadang perangai kaw tak betul sangat, kejap hujan kejap panas, tapi thanx for surviving with me :)
and bila aku fikir balek, betul jugak cakap kaw. lagu two birds tu memang sesuai untuk kita. Every single word in the lyrics macam cerita kita.
Even everytime kalaw aku nak give up, aku ingatkan balek diri aku yang aku bukan berjuang sorang, tapi aku berjuang dengan kaw sekali
so, aku tak boleh selfish. kalaw aku putus asa, aku tahu kaw pon akan putus asa jugak and macam tu jugak la kalaw kaw putus asa.
aku tanak salah sorang dari kite jadi burung yang tanak lepaskan wayar tu. sebab aku dah pegang janji kaw dan kaw pun dah pegang janji aku. Just let's make it REAL!

Wednesday, July 13, 2011

-


**sape sape tak tahu lagu ni, sila hentak kepala anda kat dinding
    mengada lah kalaw tak tahu :6

- petikan piano oleh RAYmak-

Tuesday, July 5, 2011

Hari ni saya puasa. bagus kan saya ni?
puasa ganti. haha (terus tak bagus dah ;6)
yer yer saya tawu
dah nak masuk Ramadhan dah, baru nak ganti puasa.ish ish B/
Tapi tulah.. dah jadi tabiat. Saya sedang berusaha berubah. doa doa la yer (bertahun tak berubah rubah pon aku tengok ;p)

So hari yang saya lalui hari ni agak letih la berbanding biasa (takpe takpe, dugaan)
selalu hari pertama puasa je macam tu. bese la kan. perut terkejut, badan pon terkejut dan paling penting, memang pecah rekod la hari ni sebab dapur menjadi tempat yang paling kurang dilawati (kalaw tak, tiap setengah jam muke aku je kat dapur. haha)
Ape pun, juadah berbuka hari ni memang masyuk giler ah. sebab saya dapat makan laksa penang!! ha kaw, font besar lagi. excited la kate kan. ngeeee :) actually dah bape minggu dah mintak. puasa baru dapat (ok, dah tawu dah taktik baru.lalala). THANX MUCH MUCH IBUNDA! :)

Oklah, setakat ni saja entry saya. malas nak menaip dah
esok saya akan puasa lagi. banyak lagi taw hari nak kene puasa ni.
mungkin direct seminggu ni puasa. baru skang nak menggelabah, padanlah muka saya kan. 
And last but not least, kepada sahabat taulan yang belum habes puasa ganti tu, cepat cepat habeskan
kepada yang tak perlu ganti pula :
"aku jeles ah ngan kaw!haha"

Tuesday, June 28, 2011


by :
LEFTOVER CUTIES
*is currently attracted to their music
sooo MONROE =D
For the lyric, kindly go to this link:
http://www.wowlyrics.com/l/leftover-cuties_songs/1683218_lyrics_2430932.php
If there is any mistakes happen to be in the lyric,
just let me know by emailing me on farah_fairy2002@ymail.com

Friday, June 24, 2011

I really really really really really <3 this
It's been many years ago
somehow i never get bored to watch this wonderful clip
Perhaps you guys too
It's warm. I don't know why i said that :)

There are loads more from Ilana Yahav
But since this is the first clip i have watched,
So, i purposely choose to post it in kotaksaya
Hey Ilana, You got amazing hands la!sexy giler!haha =D



*Don't know why lately old stuffs attract me more

Thursday, June 23, 2011

Hari ni entry berwarna wani
sebab hati saya pun berwarna wani juge
di tambah cuaca di luar yang sangatlah bagus
mood saya lagilah bagus
sebab saya TELUS
ape tuh?
telah lulus.haha
Terima kasih Allah :)

Friday, June 17, 2011

hey guys!
saya punyela jakun hari ni sebab saya baru try Google's voice search
yer yer saya tahu, orang lain dah tawu lame dah tapi saya baru nak try
i don't care. what i know it's really fun.haha
i kept saying loud loud and it was not for 2, 3 times, 
but ber time time.haha
macam saya cakap tadi tu, JAKUN!;p
even now (writing this) i can't stop smiling 
maybe i got nothing better to do and found this new stuff (for me), it makes me feel GOOD :)


so ini untuk sahabat taulan yang seangkatan dengan saya
yang belom pernah try lagi benda ni


or korang korang nak try benda laen ke boleh jugak
but take note that u all just boleh try satu experiment je dalam satu masa




1st step: bukak Google Chrome page korang (mesti CHROME!)
2nd step: ni yang paling penting. sign in Google acc korang dulu (kalaw blom ade, buat ler)
3rd step: perasan tak kat sebelah ruangan taip tu ade dua links macam ni 

Advanced search 
Language tools

so ape lagi, tekan yang advanced search
4th step: jangan gelojoh sangat nak tengok yang bahagian bawah bawah tu. tp fokus kat bahagian atas je. tengok link yang sebaris dengan Google banner tu. klik yang ni 'advanced search tips'
5th step: once again, tengok yang sebaris Google banner, klik New. haaa yang ni baru korang boleh skrol sampai bawah. tapi tak payah nak bawah sangat la.sebab kite bukan nak tengok benda laen kan
6th step: then, bile dah skrol bawah seket and korang akan nampak voice search, klik la benda tu
7th step: bawah perkataan Go to Google.com ade link macam ni (Or opt-in now.). ha klik la yang tu
8th step: so, sampai la kita ke destinasinya. buat la pilihan korang. selamat mencuba dan menggila :))

tapi ingat, macam yang saya bagitawu tadi. kita just boleh pilih satu je new stuff dalam satu masa
so, jangan la tak puas hati plak bila korang dah klik 'Join The Experiment' dekat sume new stuff tu tapi satu je yang function (like i did. hahaha). bese la kan. malas nak bace kejadah ape die tulis kat atas tu. so, terpaksa la korang try satu satu ye. harap bersabar


kepada yang dah lame tawu benda ni ....
....
....
sampai ati korang tak share kat aku.huh.lalala


sebelom terlupa, voice search ni available in US English only
so u should say make out instead of snogging.haha


advertisement jap:


go to this link for fun comics.
just love it :)
http://treknet.blogspot.com/

this is one of my favorites:


Thursday, June 16, 2011


I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Robert Frost-The Road not Taken

Tetibe je teringat poem ni
aaa seblom tu jangan salah faham plak.
saya teringat tajuk die je sbenanye
yang stanza ni tak ingat pon
teknologi depan mata hujung jari kan, googling jela ;p
mase spm dulu tak penah pulak nak teringat.haha
well, normal la kan
saya bukan lah pelajar terpintar dan terajin dulu
apetah lagi ulat buku
buku sekolah dan saya memang tak serasi
dan disebabkan ketidakserasian tulah saya amek jalan yang saya pilih skang ni
tulah puncanya saya teringat poem ni
kalaw tak jangan harap la

tataulah kenape dari kecik saye suke buat bile orang kate jangan
lagi kuat orang halang, lagi hebat keinginan tu
memang saye degil
bukan,
sangat degil sebenanye
and this time saye harap sangat kedegilan saye tak khianati saye

bile dipikirkan balek, memang keje gile aku buat ni
tapi tatau knape hati degil sangat
menutup segala rasional otak
sedang kan tawu orang sekeliling ramai yang membantah
kata ni keje sia-sia
nape tak stop kalaw tak suke course tu dulu
knape nak membazir masa
bla, bla, bla and many more

yer, memang 21-year-old agak berusia untuk buat benda ni
tp still, for me it's not too late, yet
i don't want to be like 'those people'
merungut tp tak buat ape-ape untuk ubah rungutan tu
menyesal tp pasrah sebab dah tak boleh patah balek
dah terlalu lewat katanya.

i just tak nak one day, after 10, 20 years i am one of them
yang menyesal sebab tak buat ape yang mereka suka dulu
ape yang mereka impikan dulu,
yang asyik fikir peluang untuk berubah depan mata je,
kalaw lah aku tak hiraukan sangat kata-kata orang,
aku kuat kan sikit hati tu,
mesti aku takan terfikir pon nak merungut skang ni

 dulu mase sekolah, saye just perlukan orang untuk cakap
takpe untuk gagal sekali
tapi tada pon yang nak cakap camtu.
everyone kept pushing me
of course they don't realized it
because i'm mentally pushed
what?get loads of A's, u think i really happy for it?
i did for u people
but when spm turned suck, that was the best part 
skipped school, that was the best two years i got like never before
memang senang untuk jadi yang terbaik
tapi untuk kekal kan kedudukan tu
ianya macam bebanan halimunan

right now i really need someone says
it's ok, u done great.do whatever u desired to

i have chose this path
i might be regretted someday (that's the worst of course)
but at least, i made the decision by my own
nothing's influencing it

maybe the phrase
daripada menyesal sebab tak buat,
baik buat lepas tu baru menyesal
should works (for my case)

Tuesday, June 14, 2011

yer betul
saya mengaku saya memang bosan
sampai saya boleh buat benda ni


cantekkan zombie saya selepas di 'touch up'?=p
ni lah satu-satunye zombie wanita dalam PLANTS VS ZOMBIES saya
ape kate anda pon cube
tp jangan lupe install game ni dulu kalaw belum
rajen-rajen la belek balek post-post yang lepas ek kalaw nak install game ni
hee =D

Sunday, June 5, 2011

Nothin' much to write, but today's advice:

Don't sleep in anger over someone
but stay up
and plot the revenge
yeah! we're rock!

Saturday, June 4, 2011

Kuli Duniawi

Hati aku mati sekeping
leper digilis lori
tak merasa apa
pahit atau manis
senyum atau sakit
duit mengisar jiwaku
menghantui kamarku
menjanggal talianku
dengan semua.
Berkerjalah aku ke lubang kubur
bawah batu nisan masih pekik telefon
selagi belum itu robotlah aku
mesinlah aku
jenteralah aku ini
koya tengkorak hidup
kuli duniawi.


Wani Ardy
Malam 1 Jun 2011
Taman Tasik Titiwangsa


*All copyright in kotakdiarygadis,
 I'll acknowledge the real owner of those
 or state where those pieces come from
-no plagiarism in 'kotak saya' or anything else, you should just blaming GOOGLE search-
 Peace!
 

Friday, June 3, 2011

Mahu bermadah
tapi otak terpaku ketat
walau minda masih berharap pada sang tangan yang mampu berpena
tatkala hati berkata jangan
sang jari tak lagi mengendah
lalu terlakar nukilan perasaan dek kerana kedegilan
luahan dingin dari dasar lautan emosi
diri kurang mengerti
apa mahu sang hati
tapi jiwa tetap terus berani
memuntah segala isi hati
siapa terluka, tiada peduli
asal puas, itu yang pasti

-farah idris-

Wednesday, June 1, 2011

Perasan tak saya jarang buat tajuk entry?
saya baru prasan arini. asal ek? hurmm maybe tajuk entry saya kaler biru kot
macam tak kene ngan background je.haha. k lah, bukan ini yang nak ku ketengah kan arini. ni kire macam advertisement la.ngee ;p

Hari ni dapat invitation perkahwinan lagi
ramai betul orang yang ku kenal nak kawen @ memang dah kawen pown
tak kesah la kan tu kawan rapat ke, tak rapat ke, kawan sekolah ke, kelas ke, bla, bla, bla ke
senang cite penah lah bertegur sapa sekali.haha
kira kawan ah tu kan. kawan tak bape nak knal org cakap
tak macam mat saleh
cukup memilih kalaw nak berkawan.
pon tak paham ape kriteria kriteria yang diperlukan mereka untuk berkawan
hais, stress betul (pehal aku nak emosi ni.macam tak kena je.haha)
ekceli bukan ni main theme nye.
kite berbalek pada cite asal lek
ala..pasal kawen tadi tu

ramai lah jugak kawan kawan tanya:
"kaw bila lagi weyh"
haih kamu semua ni. tak nampak ke saya ni masih kecil
masih comel (apehal pulak ni?haha)
lagi mawu tanye. buat lawak betul.
rase rasenye tak payah jawab pon dah tawu ape jawapan saya kan

pastu ada ke skali tu, sorang pakcik tu tanya:
"kamu dah keja blom?"
saya pon jawap la:
"blom pakcik. baru je habes blaja"
pakcik tu tanya lagi:
"kamu tanak keja ke?"
saya pon jawap la lagi:
"tahun ni tak kot.nak relax dulu.maybe tahun depan baru keja skejap sebelum sambung blaja lg."
pakcik tu pon cakap:
"heh. kawenlah tu jawapnya. anak buah pakcik bla, bla, bla bla,bla"

ku menDENY semua spekulasi spekulasi palsu tu dengan tegas
tapi masih lagi mengekalkan kesopanan dan kelembutan wanita melayu terakhir (tak ley blah.kahkahkah)
kira macam berdebatlah kami ni.
sek bek dan dan bas sampai.kalaw tak mawunya ke mahkamah kitorang
apalah pakcik ni. jangan samakan saya ngan anak buah pakciklah. pakcik tak kenal saya taw.
sedangkan orang yang dah lama knal saya pon still tak kenal saya, still slalu mempertikaikan ape yang saya nak buat, apatah lagi pakcik
saya ada list lah pakcik. things to do before marry
setakat ni 2, 3 je taw dah pass.banyak lagi dalam list tu.
i'm working on it :)
hurmm, lepas ni kalaw orang tanya bila nak kawen,
perhaps i should say tomorrow dude
people just wanted to hear what they wanted to
and since it is hard to shut others' mouth,
so, i think ignoring is much better
layan pon, buat saket ati je kan
am i right? yer, saya tawu saye betul.haha

*kawen*
harus wajib dengan orang yang kita cinta
tak macam cite nora elena tu.asal boley je.
yela.. Aaron Aziz kan. walaupon ku tak suka pon beliau,
tapi kalaw beliau nak kat saya, jalan je.haha

Sunday, May 29, 2011

your back
my heart is thumping so fast
makes me want to jump on it
am i fall in love with you?


quote :)

Friday, May 27, 2011

Maen FACEBOOK mengikut versi FARAH IDRIS (entry dalam large font size)


Hehe.kidding.tadi tu tajok entry yg berkobar

Well, memandangkan skang ni memg tengah musim cuti semester (even ade yg dah nk masok sem balek)
mesti berejam-rejam korg dpn laptop men facebook. senang cite 24/7 ah.
so, jom 'check it out' ape ektivitis ku kalaw bukak fb

Celik2 mate je teros online. log in facebook. 
sementare tggu loading tu, berharap sgtla akan ade kale merah kat bahagian atas seblah kiri (tak kesahla kat fren's request ke, message ke, notifications ke.janji ade)
kalaw takde, campak kan aje laptop tu.takpon deactivate je fb's acc korg.
bukak2 je..wah ade notifications. fren's request pon ade. suke2.
check dlu fren's request. knal, approve, tak knal biar je request tergantung jgn deny. t org tu malu kne reject (ni contoh org tak bace info ku)
pastu, notification lak. skali tgk bukan untuk ku daaa.org laen punye.ngeng btl.
then, start la membebel.buat semakkan notifications aku je.
takpe2.pastu buat la status yg gempak2.saje nak menarik perhatian masyarakat.
berderu-deru comment dtg.notification penoh.tak nyempat2 nak balas.haha (lawak la kite ni).
tak cukup dgn tu, ade yg chat lg.tunjukkan ketidak puas hatian mereka terhadap status yg disiarkan.
ekceli bukan ape.kite dah buat status tu baru diorang prasan kite online.
ok, beralih la kite kepade chatting plak.
bukan sorang due chat.kdg2 sampai 4,5 org. kmaen rancak jari jemari menaip.
kalaw assignment dulu, tak pulak macam ni. kmaen liat nak menayep. ah,tu laen
so berchatting la kite dr A-Z, Muharam-Zulhijjah, Januari-Disember.mcm2 cite kuar.tambah2 tu kawan dah lame tak jumpe.
ok.dah bosan.pg plak masok page-page org laen.check out ape yg menarik
pilihan utama mestilah belek2 gambo diorang an.macam2 pose di buatnye.
yg pelik2 pon banyak.so, ckp kat dr sendr sila ambil iktibar.haha
ok!gambo dah habes belek.tgk pulak kat wall diorang.kot-kot ade pape yg boleh ditokok-tambah.
kalaw tade, tinggal kan signature kat situ seblom blah (wall post).
dan lagi, kalaw macam dah mati kutu tataw nak tgk ape dah, edit info pulak.
bape kali edit pn takpe.pastu preview.
kalaw tak puas ati, edit lagi, preview lagi. dan begitulah seterusnye sampai puas ati. 
dah, edit dah buat, ape lagi ek.
ha!tgk plak kat home. ade birthday sape2 tak ari ni. Oh ade. so bgla wish panjang berjela.
kalaw tade, tgk yg mggu ni punye ade tak (kompemla ade kan).
bg wish awal2. konon prihatin gle la tu.hee
selesai bg ucapan, tgk lak ads kat tepi2 belah kanan page. 
kot ade yg berkenan, like. kalaw tak, pangkah je.
tp kadang2 ade jugak die suh bagi sebb asal pangkah ads tu.
sengal jugak.dah org nak pangkah, pangkah jela. 
sek bek dalam bi. kalaw bm, mmg abes-abesan aku hentam.
ermm.. akhirnye dah tade benda lg da nak dilawati. 
tak gune bagaikan melukut di tepi gantang. silalah sign out facebook, sign in blog and twitter pulok :)


wo de hua tau che li, xie xie






Sunday, May 22, 2011

Well, hari yg agak menakutkan today
coz we're just closed to accident.
my dad's car langgar edge of divider
actually,
mase tu ku dah agak dah my dad confirm akan langgar divider tu
mane taknye, jalan mmg 'besa' gile (since road is under reconstruction)
then, dan dan pulak time tu beliau pandang tempat laen
(means not focusing on current stuff)
skali kaw BUMMMMM
lucky kereta betul betul stop kat tepi jalan
so, tade lah mengganggu lalu lintas sgt kan
my dad turun kereta and..
mmg sure sure la kan tayar pecah (depan, left side)
dengan rim rim pon tak boley pakai dah (berderai)
then, adelah dalam nk dkat stengah jam tggu my dad tukar tayar
ku tolong jugak.tolong tolak tayar.haha;p
apepon, thank god kami semua ok ok aje :)

Sunday, May 15, 2011


ku sedang berjuang untuk dapat kan ni
lalalala :p

Saturday, May 14, 2011

My two favorite pieces
get me the scores please!
Gyabooooo!!


  • Beethoven Symphony no. 7 (sonata form / 1st movement)


  • Mozart's sonata piano for two pianos (1st movement)


beethoven's 7th sonate is written in 4 movements 
and mozart's sonata is written in 3 movements
but for me,
the 1st movement in both sonatas are much easier to catch up 
and nicer to be listened 
AND the most important of all,
1st movement is not as boring as the other movements:)
*Apology to those who is disagreeing

Wednesday, May 11, 2011

evening guys :)
ekceli malas nk post apeape
but since ternampak gambo ni
juling kejap bijik mate 8)


i am a big fan of NODAME CANTABILE series
neither comics
nor tv series
nor special episode 1 and 2
nor final movement 1 and 2
i never thought that i would got addicted by anime series AGAIN!
(since i'm not randomly choose any anime to be addicted on)
sorry to u great teacher onizuka (GTO) 
u've dropped to 2nd place now after 15 years without challenger ;p
and yes!
i am 21-to-be
so what?
i do love anime
 it is up to me to get involved over this kind of stuff la
huh!


somehow, nodame cantabile makes me feel classical music is just beautiful to be played 
when we know the meaning of its composition
perhaps i will someday :)
but i need to love read the score first
so that i will not playing as sloppy as NODAME!;p

Tuesday, May 10, 2011

Yeayea!
broadband saye dah berbayar :)
thank you daddy-->jasamu dikenang;p

Pay up moment

si lambat bayar: miss, kat sini boleh bayar bil b.band?
kakakkauntermukeKETAT: boleh
si lambat bayar: tp resit i ilang.boleh bayar jugakkan?(soklan kurang bijak B/
saje berbahase basi)
kakakkauntermukeKETAT: (sekadar menganggukkan kepale)
si lambat bayar: berape ek?(dah tawu tapi tanye lg.precaution taken ;p)
kakakkauntermukeKETAT: urmm..u dah 3 bulan tak bayar.ade penalti
si lambat bayar: (riba' betul.haiss)brape ek?
kakakkauntermukeKETAT: rm***
si lambat bayar: alamak!kompem tak cukup(sekadar bercakap dalam hat
tp still..bukak purse, buatbuat tengok duet(ok,dahi aku berpeluh.haha)
kakakkauntermukeKETAT: (pandang muke aku.macam tawutawu tak cukup duet)
si lambat bayar: miss, tak cukup 3o hengget la. i withdraw duet jap ley?
kakakkauntermukeKETAT: takpe.bayar ape ade dulu pon boleh.balance lg 3o bawak ke bil bulan dpn
si lambat bayar: (fuhhh.slamat aku) urm.. k, boleh la (sambil memberikan senyuman paling MANIS)                       

Friday, April 22, 2011

blog, blog, blog
mcm dah lame je tak update
nk kate tada benda nk post,
byk gle actually
tapi tahap kemalasan nak menaip tu mslhnye
tambahtambah skang ni sebok pg clas *******
well,lesson pon dah nk abes
mmg tak menyabo gle :)
just wish me luck for the final stage

ahad ni ke melaka maybe
skang ni melake mcm dah jd umah kedua pulak
dok berulang alik ke sane
umah beliau pon dah mcm umah daku
bak kate mummy nye yg sporting gle habes:
"kaw tu tetamu basi"
haha.ayt nak tragis je.

popoi.haa, tu sekor lg
tak penah hayat jumpe kucing demand gle mcm tu
kat umah anis je ade.hahaha;p
mane taknye,
mkn nk kne suap,
ikan nk kne segar,
tak layanla ikan cikai2 ni
plg penting,
sebelom mkn kne pujuk mkn dlu!
lmbt bg mkn, merajuk
pastu,
byk na pantang ea babbab makan ni
udang mane boley bg, t muntah (ngada-ngada ;p)
tp plg pelik skali pasal popoi ni,
die gile nasik lemak
time kitorg nk bekfes,
time tu lah die nk bekfes jugak
kitorg pon tak abes mkn, die boley sapu licin nasik tuh
same pinggan ngan kitorg plak tu (mmg tak ley blah kucing niyh)

pk2 balek, tak sgke daku akn berkawan smpai ke melaka
dr ibu tak pecaye ku kluar sorg2,
sampailah beliau dah yakin ank dara nye skang dah boley bwk dr kat tmpt org
well..sementare masih jambu ni kan
time ni lah nak mrantau

dah lah.malas nak menaip lagi
till then, daaaa

yes!
i need work for money
uwaa;(

Saturday, April 9, 2011



we were good
thanx to you
for made my life
... just beautiful :)

Friday, April 8, 2011

The beauty of ISLAM in Malaysia 
:)







 I smiled when i took these pictures
cause it never change since my school days
Alhamdulillah to be born in Islam

Venue: Masjid India, KL
Event: Friday prayer


Sunday, April 3, 2011

C.I.N.T.A <3 R.O.M.E.O




 Romeo dan Juliet
siape je yang tak pernah dengar tentang kehebatan cinta mereka kan..
dan tapi..
siape je yang tahu si Juliet bukanlah cinta pertama si Romeo?
Rosaline..
Ya, Rosaline adalah cinta pertama Romeo
Terlalu cinta terhadap Rosaline sehingga menyeksa jiwanya
kerana Romeo hanya bertepuk sebelah tangan
Sehinggalah si Romeo bertemu Juliet di sebuah majlis
'Love at the first sight'
Sememangnye itulah perkatan yang paling tepat untuk cinta mereka
Sejak dari itu,
Romeo terus melupakan Rosaline
seakan tidak pernah wujud Rosaline di hatinya
Cinta manusia
Seakan tak mampu hidup bila
tak dapat memilik kekasih hati
Tapi akan terus melupakannya bila 
berjumpa pengganti. 
Rosaline mungkin dianggap watak sampingan,
tapi hakikatnya, dari situ lah Romeo belajar mencintai

*Rosaline adalah sepupu kepada Juliet

Sunday, March 27, 2011

well, this is not new
not the latest, for sure
it just something that i wanted u guys to
watch,
understand,
and feel
cause it sometimes happened in your life
our lives
There's a story behind this..

Friday, March 25, 2011

 
Sumpah jeles gile kepade sapesape yang dah pergi tgk
TEATER LAT KAMPUNG BOY!
seriously dah lame gile tak tgk teater.
teater laen takpe lagi kot.
ni teater KAMPUNG BOY beb
u read that?KAMPUNG BOY!huh!
uwaaa.jeles yang dah boleh ditahan tahan lagi.
seakan diriku dilambung 
dan dilepaskan ke bawah Niagara Falls (pehh,hiperbola je lebeyh)
but still cemburu yang tak boleh diluahkan dengan kate kate
sampai kalau tertengok entry pasal ni kat blog laen
rase seperti jantung ditarik keluar dari badan dan disimpan ke dalam peti
(dah macam Dead Man's chest punye cerite plak)-->well, one more hiperbola here;p
Tp nak buat macam mane.sy memg tade duet.
plus sy kini di negeri laen,
tambahan pule rakan seperjuangan kaki teater pon tiada sudah.
dan yang paling penting,
saye tak pandai book ticket (salu keje org laen ;p)
takpe lah.saye akan cube belajar menerima hakikat
mungkin ini adalah yang terbaek
sekian dari saye, cik Fa Idris Ismail

Wednesday, March 23, 2011

Watch korean dramas for free and no much loading to wait

Ni untuk sapesape yang gile cerita korea jela.
Klik link ni.
pastu,
pandaipandai lah korg cari cite pe korang nak tgk ye;)

http://www.maaduu.com/

Tuesday, March 22, 2011

How to download game of PLANTS vs ZOMBIES for free

Hey guys!
do you like to play game of
PLANTS vs ZOMBIES like i do?
or having any troubles to download it like i do, too?hehe

So here,
i wanted to share the URL to download the game for free:

1st step: Google, of course;)
2nd step: Type leechtube.com, enter and then (choose any, but i suggest to click the 1st one)
3rd step: Copy and paste this link (down here) on the 'file URL to download' space and click LEECHTUBE

http://rapidshare.com/#!download|784tl3|229497650|Plants_vs._Zombies.rar|47028

4th step: Ignore the advertisement (click 'skip ads' at the right top of your side)
5th step: Click download


 If there is any trouble to download the game,just let me know
 Try it and GOOD LUCK B)

Let us be addicted to it together;)








Sunday, March 20, 2011

Entry for tonight:
                        
   
Fb's wall post posted by fa idris: 
syudsyudsyudsyudsyudsyudsyudwanda.eyh salah.syud baleksyudsyudsyudsyudsyudsyud.eslilin.eyh salah lg.syud baleksyudsyudsyudsyudsyudsyudsyud(mentera menyeru syud)

4 hours ago · · 


Wawa Hae Na likes this.
Comments:

    •  
      Syuhada Roslan apakahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh 
      35 minutes ago ·

    • Fa Idris mentera.lambat la kaw ni
      29 minutes ago ·

    • Syuhada Roslan: khurafattttttttttttttttttttttttttt
      29 minutes ago ·

    • Fa Idris: nanti aku taubat lah
      28 minutes ago ·

    • Syuhada Roslan: insyaallah......
      25 minutes ago ·

    • Fa Idris: insyaallah..insyaallah..insyaallah.u find the way-->maher zain(background music)
      21 minutes ago ·   1 person

    • Syuhada Roslan: alhamdulillah...
      20 minutes ago ·

    • Fa Idris: shift ended..request next time k
      16 minutes ago ·

    • Syuhada Roslan: okkkkk
      15 minutes ago ·

. .

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...