Mahu bermadah
tapi otak terpaku ketat
walau minda masih berharap pada sang tangan yang mampu berpena
tatkala hati berkata jangan
sang jari tak lagi mengendah
lalu terlakar nukilan perasaan dek kerana kedegilan
luahan dingin dari dasar lautan emosi
diri kurang mengerti
apa mahu sang hati
tapi jiwa tetap terus berani
memuntah segala isi hati
siapa terluka, tiada peduli
asal puas, itu yang pasti
-farah idris-