Tuesday, August 16, 2011

BLOG-WALKING

Blog-walking ni best sebab kita boleh jumpa macammacam jenis blogger dengan bermacammacam jenis ulasan. senah mengata tijah, ali mengata abu (berlumbalumba aku tengok). ada yang lagi dasyat, bercakap pasal agama macam orang tada tamadun! tapi still, banyak jugak blogblog yang mengajar bendabenda baik. Tak ketinggalan, saya banyak sangat baca blogblog yang bercerita pasal bahana cinta, couple, bla, bla and so ever. ada yang logik, ada jugak yang tak logik. tapi tadalah saya nak story pasal ni. tada apa pun. it just that ada satu blog ni yang betul betul menarik perhatian saya. cara beliau mengulas pasal benda ni. lebih tolerate dan logik lah (5 days research beb!- no wonder lah -_-) bagi saya kalau nak dibandingkan dengan lagi satu blog tu. tak teruk, tapi a bit harsh (orang melayu kan cepat terguris. haha :6) well, beliau pun memang terkenal dengan sarcasm blogging ni. polis cinta lah katakan. sapa yang rajin blog-walking tahu lah blog sapa yang saya maksud kan ni. pasal dia ni pun typetype taiko dah. tapi beliau ni, banyak jugak bagi nasihat yang bagus just secara sindiran lah. (so, be open-minded masa baca entries beliau)

Dari blog-walking jugak kita boleh tahu benda yang kita tak tahu or maybe tak terfikir pun nak amek tahu sebelum ni. Saya amek contoh dari blog kawan saya sendiri. beliau bercerita pasal bacaan Al-Fatihah. macam mana kita boleh terlepas pandang pasal bacaan ayat suci ni? "Ala, Al-Fatihah je kot. dari kecik aku tahu baca ayat ni. aku kenal Al-Fatihah dulu baru aku kenal abc tau." pehh.. betapa riaknya kita kan. tak pon, "ermm, dulu ustaz/ustazah pernah cakap jugak. tapi ingatingat lupe lah. ala, takpe la kan. halal jela yang terkurang tu". senang betul kita bercakap. kalau nak tahu lebih lanjut apa yang saya dok merepek meraban dari tadi ni, boleh rujuk kat sini: tekannnn

Blog-walking jugak kadangkadang boleh jadi sumber kekuatan kita. apa benda kaw ni fa..? tak paham la.. maksudnya, bila saya rasa down gila, bila orang tak ramai yang support saya, saya mesti akan terjumpa la entry entry yang membina, yang menaikkan balik semangat saya (macam tautau je aku tengah down gile). so secara tidak langsung, saya sangat menyayangi blogger tersebut kerana memahami saya. (padahal beliau bukan buat entry tu untuk aku pon. hahaha!)

Blogblog yang saya jumpa masa blog-walking jugak banyak membantu saya memperbaiki kelemahan saya sebagai wanita muslim. dunia serba moden kan sekarang ni, so semua benda pun nak dimodenkan. sampai kadangkadang terlupa batasbatas agama. saya boleh cakap, blogblog ini adalah antara elemen elemen yang membantu mengingatkan saya. saya harap bloggerblogger luar sana keep on buat entries yang macam ni.

ha, setakat ni jelah ye. banyak banyak pon bukan korang nak bace sangat. skrol je lebih. ingat aku tatau ke?haha.

Sunday, August 14, 2011

you just don't have the luck

Tipu la kalau saya kata tak kecewa Dato' Lee Chong Wei kalah. memang kecewa gila. tapi kecewa mana pun saya atau kita semua, tak boleh tanding kecewa beliau. obvious gila muka kecewa dia atau lebih sesuai lagi saya cakap, terkilan. biasa la kan kita kita yang tukang tonton merangkap penyorak tak rasmi ni. mestilah emosi kalau tengok kan. ala, macam masa tengok bola hari tu tuh. but i can't say much about the lost. he got great opponent, Lin Dan. he's a legend too. even, i was his fan but that was before right? now, walaupun Chong Wei kalah malam ni, walaupun beliau hilang title world champion 2011, he is still our badminton hero. the best player of Malaysia! not just for me because i am pretty sure all of us agreed that he is still world best player. come on, beliau kalah bukan sebab tak hebat tapi sebab nasib  Lin Dan lebih baik malam ni. it is well known yang beliau (Lee Chong Wei) adalah pemain paling konsisten sebab menang banyak game. just tonight's not his night. even English commentator of a channel said that Lin Dan is the champion tonight but Chong Wei was the better play. yeah! so much agreed with you!!

To Chong Wei:
we, the Malaysian are always supporting you. 
you make us proud and will always make us proud
get back the title on the next world championship!

Wednesday, July 27, 2011

suka?

SUKA. satu perkataan yang subjektif. so, post saya pun subjektif la yer.hehe.
cuba lah korang try test google google apa dia suka ni, bermacam jenis jawapan ada. contohnya, macam si yahoo answer tu lagi lah. meraban raban dia jawap. adoii. so suka tu suka la maksud dia. alaaa suka. like suka saya ke. haha. ha tengok, like tu suka jugak maksudnya tu. ni lah namanya indirect usage (ha? ada ke istilah tu? aku pakai tabur je ni;p) btw, you know lah kan, dalam konteks ayat saya di sini, maksudnya adalah seperti.

ok ok. berbalik kepada suka tadi. semua orang kat dunia ni experience perasaan ni kan. suka ni bermacam macam jenis. tak kisahlah suka kat orang ke, barang ke, tempat ke, bla, bla, bla, bla ke. tapi macam biasalah kan. suka kat orang lah yang paling bahagia sekali. tidak ketinggalan juga paling derita. kadang kadang dah terang terangan tahu orang tu tak suka kita, but still tak boleh nak padam perasaan tu. (sengal ke apa. suka suka je nak padam). kejadian cliche yang biasa berlaku adalah apabila kita suka kat si A tapi si A tak suka kita, dan dan pulak si B yang kita tak suka ni suka kat kita. haih.pening pening (aku pun dah tak paham ayat aku.haha). nak buat macam mana. kalau suka tu orang, boleh jugak dibedal bedal dia kan. so ramai lah yang suka senyap senyap. cara selamat katanya.

Dan lagi, ada jugak jenis suka yang takkan berbalas sampai kiamat pun. contoh paling glemer, suka kat public figure la. artis ke, penyanyi ke, selebriti ke dan yang seangkatan dengannya lah. macam ada sorang kawan saya ni. suka gila gila lah kat fahrin ahmad. sampai menangis jumpa fahrin. saya pon tak berapa nak paham sebenarnya. ala, actually tak payah kata kawan saya. saya sendiri pon macam tu. saya suka anwar hadi. tapi si anwar tu tak tahu pun saya ni wujud kat dunia ni. takpe takpe. rugi betul kaw anuar. rugi rugi rugi. hahaha. tapi ada jugak jenis orang yang just nak dia je suka kat si A ni. kalau si A ni suka balik kat dia, terus dia tak suka dah. pelik pelik. Ada tau orang macam tu. jangan terkejut pulak. Tak salah pun nak suka suka ni. ni kan salah satu sifat semula jadi manusia. asal kan korang semua tahu batas batas nya. paling penting,  make sure tak melanggar hukum hakam agama. macam cerita khurafat tu. boleh pulak lupa die dah guna gunakan orang tu.


Apapun, bagi saya, perkataan suka ni tak boleh dipisahkan dari perkataan senyum. mana tak nya. kalau nampak je apa apa yang kita suka, pasti pasti punye la akan senyum. apatah lagi kalau nampak orang yang kita suka. kalah mcDonalds you. awww :6
Tapi kalau nampak hantu je tak senyum T_T

Tuesday, July 26, 2011

You are my sunshine by Leftover Cuties

I have been searching for this song for few months already
wanted badly to download it. people always said just 'googling' and you gonna find whatever you wished for
ya right. obviously, they are wrong. should vanish the word "whatever" tu.huh! Every time, i just found the video(s), of course.. ya ya, actually got few sites to download it, but you know jela kan, they ask to pay for that. not much and not even sampai 1 dollar pun. but, come on lah (tu pun boleh nak kena bayar ke).saya mana ada kad kredit.apa lah. try me for cash lah. 2 dollars pun boleh bagi (up sikit je. banyak sangatlah duit aku kan =p)
Apapun, it is a good song. To be honest, sometimes, i don't really like modified song. especially if it is originally an old song. but this one really moved my heart. i have no idea that our childhood song will be as warm as this :)



Sunday, July 24, 2011

WEDDING









Kamera canggih sangat, so gambar memang clear gila lah
=6
For the newlyweds, happy ever after k :))

Thursday, July 21, 2011

Entry malam ni pasal dah bosan tahap dewa 19 punye!
dah tataw dah nak jawap apa bila orang tanye: "asal kaw tak kerja kerja lagi weyh?"
kang bile bagitahu kenapa, dimarah nye pulak kite.contoh ayat lazim: "asal weyh kaw nak buat macam tu?", "kenape pulak?", "ape functionnye?", bla, bla, bla, bla, bla. so akhirnya, bila orang tanya cakap jela "memang bercadang nak menganggur sepenuh masa pon tahun ni. so that, nanti akan bersumpah tamaw cuti lagi dah." lantak lah apa mereka mereka nak cakap. nak buat orang lain faham situasi kita, tulah benda yang paling membebankan kat dunia ni. kadang kadang rasa kalaw bagitahu pun bukannya diorang faham. maybe takkan sampai bila bila. sibuk nak mempertikaikan lagi ada. rasanya cukup lah dengan tentangan tentangan yang ada sekarang ni. tak payah lah kot nak ditambah tambah lagi. buat semak kepala aku je.


saya tada kunci kejayaan. tapi saya ada kunci kegagalan
: selalu nak puaskan hati orang lain, tu lah punca kegagalan paling besar kat dunia ni saya rasa. tak payah lah kot nak dengar sangat cakap orang. bukannya diorang akan tanggung apa apa jadi. lain lah kan kalaw ada yang sanggup datang jumpa kita then mengaku "weyh, aku yang salah. kalaw lah aku tak bangkang kaw dulu, selalu support kaw dulu, mesti kaw lebih berpuas hati dengan hidup kaw sekarang ni. aku rasa bertanggungjawab dengan apa yang jadi kat kaw. so sebagai ganti ruginya, terima lah dua buah penthouses, sebijik cooper S dan kad kredit tanpa had ni." memang harapan la kan ada orang macam tu.
so untuk berjaya, korang semua kena ada dua benda yang paling penting ni
: jangan hiraukan kata kata orang dan yakin dengan kemampuan diri sendiri (selain tu, jangan lupa Allah S.W.T)


sekian!=)

Tuesday, July 19, 2011


Akhirnya habis pun cerita ni
Ada orang cakap saya tah hape hape.harry potter pun excited nak tengok
hey mestilah!saya membesar dengan cerita ni
 this is my childhood obsession!
tak pernah skip tengok
dari umur 7 tahun sampai dah 21 tahun taw
dari hermione granger ke hermione weasley
dari ginny weasley ke ginny potter
dari albus dumbledore, severus snape ke albus severus potter
cepat betul masa berlalu kan
memang betullah saya dah tua
gagaga =D

sumpah makin lame si draco ni makin macam hritik roshan.haha

long live longbottom
the clumsy, the nerdy
but he's just showed up his true color in this final episode by killing nagini

i knew u're always by harry's side
poor snape

stupid goblin.
luckily died.huh!

he died in the battle
Fred Weasley

finally.hehe =D


19 years after the battle

couples :)

Potter's family
harry potter malas pk name anak.sume kitar semula.


tetibe sedih pulak cerite ni dah habes ;6
thanks to J.K Rowling for all these amazing chronicle series




Friday, July 15, 2011

When God pushes you to the edge, trust Him fully
Because only two things can happen
Either 
He will catch you when you fall 
or 
He will teach you how to fly!

-anonymous-

Thursday, July 14, 2011

Dah lame saya tak post blog.
means, dalam erti kata sebenarnya la.
cakap pasal kawan kawan, hang out, bla, bla, bla
senang cite, memang dah tade la pasal menda alah tu sume dalam blog saya.
ala, menda menda yang biasa kita sume buat mase study dulu tu
cehh.. bunyi macam aku ni dah tue sangatla pulak
tapi seriously, tanpa menda menda tu, sememangnya saya kepupusan idea untuk bercerita. memandangkan saya lebih suke bercakap pasal aktivitis dengan kawan kawan dalam blog saya
tulah, suh cepat cepat sambung belajar, terhegeh hegeh nak buat benda laen dulu. well, saya terpaksa. by hook or by crook, i have to. really
ohhhh.. memang rindu gila zaman study and yet, i am not ready to leave that
so sebab tu lah saya sangat bersabar menanti tahun depan.

to Anis too. walaupun kadang kadang perangai kaw tak betul sangat, kejap hujan kejap panas, tapi thanx for surviving with me :)
and bila aku fikir balek, betul jugak cakap kaw. lagu two birds tu memang sesuai untuk kita. Every single word in the lyrics macam cerita kita.
Even everytime kalaw aku nak give up, aku ingatkan balek diri aku yang aku bukan berjuang sorang, tapi aku berjuang dengan kaw sekali
so, aku tak boleh selfish. kalaw aku putus asa, aku tahu kaw pon akan putus asa jugak and macam tu jugak la kalaw kaw putus asa.
aku tanak salah sorang dari kite jadi burung yang tanak lepaskan wayar tu. sebab aku dah pegang janji kaw dan kaw pun dah pegang janji aku. Just let's make it REAL!

Wednesday, July 13, 2011

-


**sape sape tak tahu lagu ni, sila hentak kepala anda kat dinding
    mengada lah kalaw tak tahu :6

- petikan piano oleh RAYmak-

Tuesday, July 5, 2011

Hari ni saya puasa. bagus kan saya ni?
puasa ganti. haha (terus tak bagus dah ;6)
yer yer saya tawu
dah nak masuk Ramadhan dah, baru nak ganti puasa.ish ish B/
Tapi tulah.. dah jadi tabiat. Saya sedang berusaha berubah. doa doa la yer (bertahun tak berubah rubah pon aku tengok ;p)

So hari yang saya lalui hari ni agak letih la berbanding biasa (takpe takpe, dugaan)
selalu hari pertama puasa je macam tu. bese la kan. perut terkejut, badan pon terkejut dan paling penting, memang pecah rekod la hari ni sebab dapur menjadi tempat yang paling kurang dilawati (kalaw tak, tiap setengah jam muke aku je kat dapur. haha)
Ape pun, juadah berbuka hari ni memang masyuk giler ah. sebab saya dapat makan laksa penang!! ha kaw, font besar lagi. excited la kate kan. ngeeee :) actually dah bape minggu dah mintak. puasa baru dapat (ok, dah tawu dah taktik baru.lalala). THANX MUCH MUCH IBUNDA! :)

Oklah, setakat ni saja entry saya. malas nak menaip dah
esok saya akan puasa lagi. banyak lagi taw hari nak kene puasa ni.
mungkin direct seminggu ni puasa. baru skang nak menggelabah, padanlah muka saya kan. 
And last but not least, kepada sahabat taulan yang belum habes puasa ganti tu, cepat cepat habeskan
kepada yang tak perlu ganti pula :
"aku jeles ah ngan kaw!haha"

Tuesday, June 28, 2011


by :
LEFTOVER CUTIES
*is currently attracted to their music
sooo MONROE =D
For the lyric, kindly go to this link:
http://www.wowlyrics.com/l/leftover-cuties_songs/1683218_lyrics_2430932.php
If there is any mistakes happen to be in the lyric,
just let me know by emailing me on farah_fairy2002@ymail.com

Friday, June 24, 2011

I really really really really really <3 this
It's been many years ago
somehow i never get bored to watch this wonderful clip
Perhaps you guys too
It's warm. I don't know why i said that :)

There are loads more from Ilana Yahav
But since this is the first clip i have watched,
So, i purposely choose to post it in kotaksaya
Hey Ilana, You got amazing hands la!sexy giler!haha =D



*Don't know why lately old stuffs attract me more

Thursday, June 23, 2011

Hari ni entry berwarna wani
sebab hati saya pun berwarna wani juge
di tambah cuaca di luar yang sangatlah bagus
mood saya lagilah bagus
sebab saya TELUS
ape tuh?
telah lulus.haha
Terima kasih Allah :)

Friday, June 17, 2011

hey guys!
saya punyela jakun hari ni sebab saya baru try Google's voice search
yer yer saya tahu, orang lain dah tawu lame dah tapi saya baru nak try
i don't care. what i know it's really fun.haha
i kept saying loud loud and it was not for 2, 3 times, 
but ber time time.haha
macam saya cakap tadi tu, JAKUN!;p
even now (writing this) i can't stop smiling 
maybe i got nothing better to do and found this new stuff (for me), it makes me feel GOOD :)


so ini untuk sahabat taulan yang seangkatan dengan saya
yang belom pernah try lagi benda ni


or korang korang nak try benda laen ke boleh jugak
but take note that u all just boleh try satu experiment je dalam satu masa




1st step: bukak Google Chrome page korang (mesti CHROME!)
2nd step: ni yang paling penting. sign in Google acc korang dulu (kalaw blom ade, buat ler)
3rd step: perasan tak kat sebelah ruangan taip tu ade dua links macam ni 

Advanced search 
Language tools

so ape lagi, tekan yang advanced search
4th step: jangan gelojoh sangat nak tengok yang bahagian bawah bawah tu. tp fokus kat bahagian atas je. tengok link yang sebaris dengan Google banner tu. klik yang ni 'advanced search tips'
5th step: once again, tengok yang sebaris Google banner, klik New. haaa yang ni baru korang boleh skrol sampai bawah. tapi tak payah nak bawah sangat la.sebab kite bukan nak tengok benda laen kan
6th step: then, bile dah skrol bawah seket and korang akan nampak voice search, klik la benda tu
7th step: bawah perkataan Go to Google.com ade link macam ni (Or opt-in now.). ha klik la yang tu
8th step: so, sampai la kita ke destinasinya. buat la pilihan korang. selamat mencuba dan menggila :))

tapi ingat, macam yang saya bagitawu tadi. kita just boleh pilih satu je new stuff dalam satu masa
so, jangan la tak puas hati plak bila korang dah klik 'Join The Experiment' dekat sume new stuff tu tapi satu je yang function (like i did. hahaha). bese la kan. malas nak bace kejadah ape die tulis kat atas tu. so, terpaksa la korang try satu satu ye. harap bersabar


kepada yang dah lame tawu benda ni ....
....
....
sampai ati korang tak share kat aku.huh.lalala


sebelom terlupa, voice search ni available in US English only
so u should say make out instead of snogging.haha


advertisement jap:


go to this link for fun comics.
just love it :)
http://treknet.blogspot.com/

this is one of my favorites:


Thursday, June 16, 2011


I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Robert Frost-The Road not Taken

Tetibe je teringat poem ni
aaa seblom tu jangan salah faham plak.
saya teringat tajuk die je sbenanye
yang stanza ni tak ingat pon
teknologi depan mata hujung jari kan, googling jela ;p
mase spm dulu tak penah pulak nak teringat.haha
well, normal la kan
saya bukan lah pelajar terpintar dan terajin dulu
apetah lagi ulat buku
buku sekolah dan saya memang tak serasi
dan disebabkan ketidakserasian tulah saya amek jalan yang saya pilih skang ni
tulah puncanya saya teringat poem ni
kalaw tak jangan harap la

tataulah kenape dari kecik saye suke buat bile orang kate jangan
lagi kuat orang halang, lagi hebat keinginan tu
memang saye degil
bukan,
sangat degil sebenanye
and this time saye harap sangat kedegilan saye tak khianati saye

bile dipikirkan balek, memang keje gile aku buat ni
tapi tatau knape hati degil sangat
menutup segala rasional otak
sedang kan tawu orang sekeliling ramai yang membantah
kata ni keje sia-sia
nape tak stop kalaw tak suke course tu dulu
knape nak membazir masa
bla, bla, bla and many more

yer, memang 21-year-old agak berusia untuk buat benda ni
tp still, for me it's not too late, yet
i don't want to be like 'those people'
merungut tp tak buat ape-ape untuk ubah rungutan tu
menyesal tp pasrah sebab dah tak boleh patah balek
dah terlalu lewat katanya.

i just tak nak one day, after 10, 20 years i am one of them
yang menyesal sebab tak buat ape yang mereka suka dulu
ape yang mereka impikan dulu,
yang asyik fikir peluang untuk berubah depan mata je,
kalaw lah aku tak hiraukan sangat kata-kata orang,
aku kuat kan sikit hati tu,
mesti aku takan terfikir pon nak merungut skang ni

 dulu mase sekolah, saye just perlukan orang untuk cakap
takpe untuk gagal sekali
tapi tada pon yang nak cakap camtu.
everyone kept pushing me
of course they don't realized it
because i'm mentally pushed
what?get loads of A's, u think i really happy for it?
i did for u people
but when spm turned suck, that was the best part 
skipped school, that was the best two years i got like never before
memang senang untuk jadi yang terbaik
tapi untuk kekal kan kedudukan tu
ianya macam bebanan halimunan

right now i really need someone says
it's ok, u done great.do whatever u desired to

i have chose this path
i might be regretted someday (that's the worst of course)
but at least, i made the decision by my own
nothing's influencing it

maybe the phrase
daripada menyesal sebab tak buat,
baik buat lepas tu baru menyesal
should works (for my case)

Tuesday, June 14, 2011

yer betul
saya mengaku saya memang bosan
sampai saya boleh buat benda ni


cantekkan zombie saya selepas di 'touch up'?=p
ni lah satu-satunye zombie wanita dalam PLANTS VS ZOMBIES saya
ape kate anda pon cube
tp jangan lupe install game ni dulu kalaw belum
rajen-rajen la belek balek post-post yang lepas ek kalaw nak install game ni
hee =D

Sunday, June 5, 2011

Nothin' much to write, but today's advice:

Don't sleep in anger over someone
but stay up
and plot the revenge
yeah! we're rock!

Saturday, June 4, 2011

Kuli Duniawi

Hati aku mati sekeping
leper digilis lori
tak merasa apa
pahit atau manis
senyum atau sakit
duit mengisar jiwaku
menghantui kamarku
menjanggal talianku
dengan semua.
Berkerjalah aku ke lubang kubur
bawah batu nisan masih pekik telefon
selagi belum itu robotlah aku
mesinlah aku
jenteralah aku ini
koya tengkorak hidup
kuli duniawi.


Wani Ardy
Malam 1 Jun 2011
Taman Tasik Titiwangsa


*All copyright in kotakdiarygadis,
 I'll acknowledge the real owner of those
 or state where those pieces come from
-no plagiarism in 'kotak saya' or anything else, you should just blaming GOOGLE search-
 Peace!
 

Friday, June 3, 2011

Mahu bermadah
tapi otak terpaku ketat
walau minda masih berharap pada sang tangan yang mampu berpena
tatkala hati berkata jangan
sang jari tak lagi mengendah
lalu terlakar nukilan perasaan dek kerana kedegilan
luahan dingin dari dasar lautan emosi
diri kurang mengerti
apa mahu sang hati
tapi jiwa tetap terus berani
memuntah segala isi hati
siapa terluka, tiada peduli
asal puas, itu yang pasti

-farah idris-

. .

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...