Tuesday, October 20, 2015

...

Setiap kali bukak blogger site ni, mesti layout pun dah lain. Nampak sangat lah jenguk blog ni dua, tiga kali je setahun. Ye betul. Saya lah orang paling sibuk sekali kat Malaysia ni (duhhh)
Apapun, memang dah lama sangat tak menaip dalam si kotak ni. Ni pun sebab kebetulan bukak kan. So, apelah salahnya menaip sepatah dua kata.
Well, saya nak delete Gmail account sebenarnya sebab setakat ni dah ada 4 gmail accounts. Tapi baru perasan akaun yang nak dibuang tu berkongsi akaun dengan blogger site ni. So, tak jadi lah. Walaupun sekarang ni dah jarang update blog, but still, sayang nak delete. Tambah-tambah bila baca balik post-post lama, rasa macam mengimbau kembali macam mana seorang Farah membesar. Fuhh ayat. haha.
Pejam celik-pejam celik (cliche sangat bunyi) dah tiga tahun saya kat bumi Sarawak ni. Dah semester akhir dah pun. Tak sabar nak habis. Sebab nak kerja pulak (this time, for real. hihi). Semester ni memang tak pack sangat dengan subjek teras sebab sem-sem lepas dah pulun banyak-banyak. Nasib baiklah bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Kalau tak masak jugak. Nak handle final year project lagi, internship placement lagi. Hmm. Yang final year project pun rasa dah macam buat dissertation untuk phd dah. Supervisor demand tahap langit ketujuh. Tapi nasib baik dia baik. Tak sangka pernah tergamak fikir kalau sambung master nak amek by research. haha. Ni pun dah nyawa-nyawa ikan. Kalau yang tu, mati terus agaknya.
Hopefully, semester ni akan berakhir dengan jayanya lah. Mohon lah takda sangkut apa-apa. Kamek sik mauk ulang paper tok.
Okaylah, esok ada pre-test untuk elective course. So I bet kena study sikit lah kan. Kalau tak kang menganga pulak esok. So, daaaaaa
. .

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...